Thursday, March 25, 2010

Ini pula gambar kawan-kawanku semasa di tingkatan 3, Sekolah Menengah Perempuan Alor Akar atau nama barunya Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan. Gambar ini sebenarnya aku scan dari majalah sekolah bagi tahun 1976. Kemanakah mereka semua sekarang ni agaknya yek. Nama-nama mereka pun ada yang aku tidak ingat lagi. Tapi ada yang diantaranya telah berjawatan tinggi dan masih mengenali aku lagi. Namun ramai yang tidak ku ingat nama mereka. kalau dapat bertemu lagi alangkah seronoknya. Pasti suasananya tidak saperti dulu lagi kerana masing masing dah punya kehidupan sendiri.
Apa yang aku dimaklumkan pada 24hb. April, 2010 nanti akan diadakan grand reunion untuk semua bekas pelajar SMTAA, MGS, SABS dan SKR ASSUNTA. Tentu meriah malam itu nanti, ianya dianjurkan oleh NST Daerah Kuantan. Sekarang ini tiket-tiketnya yang berharga RM80.00 sedang dijual kepada mereka yang ingin turut sertai. Malangnya aku tidak dapat bersama dimajlis itu nanti kerana ada kenduri di Port Dickson. Apa boleh buat , nanti dengar citer dari kawan-kawan je lah.


Barisan Depan : Puan Zaleha Mohd Ali (Jbt Pendidikan Daerah Kuantan), Mdm Heather, Puan Norhuda Abd Jalil (Yayasan Pahang), Yong Pik Lin, Phua Kia Lin, Puan J.Bodipalar (Guru Darjah), Puan Zaini Abd. Rani (Perbadanan Bukit Fraser), Mrs X1, Mrs X2, Akulah, Puan Shahirul Aini Abd. Kadir (Maybank Kuala Lumpur)
Barisan Kedua : Puan Norsiah Abd. Karim, Puan Unaizah (Guru), Puan X1, Puan Zaleha binti Kutty, Mrs X3, Puan Rosnani, Miss X4, Miss X5, Miss X6, Miss X7, Miss X8, Miss X9, Puan X2.
Barisan Ketiga : Miss X10, Miss X11, Puan X3, Puan X4, Miss X12, Miss X13, Miss X14, Miss X15, Puan Noorlida Mohd Said (Usahawan), Puan Dr. Noorazizan Ghazali (Pegawai Perubatan Pergigian Daerah Kuantan), Puan Norhuda Mohd Salim (Pasdec Corporation Sdn. Bhd), Miss X16, Puan Wan Noraini.

p/s Maaf terpaksa guna identiti Miss X sebabnya nama tidak ingat.








Wednesday, March 24, 2010

Entah kenapa hari ini teringat kembali kepada blog ini yang telah lama tidak dikemas kini. Hari ini akan cuba masukkan gambar-gambar lain yang ada dalam simpanan sebelum gambar-gambar itu terpadam oleh virus yang tidak dapat dijangka akan melanda 'pen driveku'. Marilah kita layan gambar-gambar ini.
Ianya adalah atas ehsan dari Puan Hajjah Norrihan binti Sulan yang telah diabadikan olehnya melalui kamera digitalnya semasa 'reunion' kami (bekas penghuni asrama Sekolah Menengah Perempuan Alor Akar yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan (1974 -1978) yang pertama pada 25/09/2004. Tarikh keramat itu telah mempertemukan kami semula setelah hampir 30 puloh tahun terpisah. Pertemuan ini telah direalisasikan di rumah Puan Hajjah Faridah binti Khazi Mohamad iaitu Warden kami yang tersayang semasa diasrama.

Malah beliaulah yang mencadangkan pertemuan ini diadakan dirumah beliau. Cetusan idea reunion ini berlaku tanpa dirancang dengan sempurna. Sebenarnya pada bulan Jun 2004, Syarikat tempat aku bekerja telah berpindah dari bandar Pekan ke bandar Kuantan. Semasa minum dengan sahabat baik Puan Hajjah Jamilah binti Abd. Manan, aku telah membisikkan kepada beliau bahawa dah kebetulan bekerja di Kuantan teringin nak jumpa guru/warden semasa diasrama iaitu Puan Faridah binti Khazi Mohamad. Rupa-rupanya dia pun ada hajat yang sama. Seterusnya aku mulalah mencari nombor telefon Puan Faridah dari Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan. Syukur alhamdulilah akhirnya dapat juga nombor telefon beliau. Beliaulah yang mencadangkan 'reunion' ini, siap sediakan mee rebus lagi untuk kami semua. Terima kasih Cikgu! Okaylah... panjang pulak mukadimah. Jom layan....

Dalam masa 30 tahun banyak yang sudah berubah, ramai yang mengembang dan ada juga telah melidi (jealous tau...kenapa lah kita ni asyik nak mengembang je). Tapi yang paling ketara Cikgu tetap 'maintain' macam dulu jugak. Kena belajar dari Cikgu ni. Tapi ada berita sedih yang kami dimaklumkan oleh Cikgu iaitu adik Cikgu (sama2 seasrama dengan kami) Puan Sharidah binti Khazi Mohamad telah pulang ke rahmatullah tahun lepas. Al-Fatihah...semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin!


Jelitawan yang berposing dari kiri ke kanan ialah Puan Hajjah Norihan, Puan punya blog, Puan Hajjah Jamilah, Puan Mastura, Puan Sabarehan dan Puan Rosnani atau 'Yus'.


Ini pula dari kiri ke kanan ialah Puan Rosazian, Puan Hajjah Norrihan dan Puan Hajjah Jamilah.







Kenal ke siapa ini....dari kiri Puan Zakiah Osman atau Zack, Puan Rooslina dan Puan Hajjah Faridah (cikgulah siapa lagi).





Kononnya berposing macam ratu, bukan apa nak sorok yang dah kembang tu je agar nampak kurus sikit..he..he.. dari kiri Puan Norrosilawati binti Abdul Rashid dengan heronya dan yang lain tu tak payahlah diperkenalkan lagi.



Berposing depan bunga-bunga cikgu yang cantik2.



Cube tengok Puan Faridah wajah tak berubah langsung.



Anak dara yang cute miut tu anak kepaa Puan Mastura Ghazali.



Apalah yang lucu sangat tu....semua dok nampak gigi...










































































































Wednesday, January 13, 2010

Geng Sekolah Rendah

Kawan-kawan semasa zaman sekolah rendah dan menengah sentiasa jadi kenangan dalam ingatan sehingga akhir hayat . Apa yang pasti diri ini akan teruja jika dapat bertemu mereka kembali setelah sekian lama terputus hubungan. Jom layan gambar2 yang diperolehi dari sumber-sumber yang sah.
Gambar diatas adalah atas ehsan dari Puan Ros Azian bt Abd. Kadir (tarikh gambar diambil 30/05/2008). Semuanya dah mengembang tapi ada gak yang tidak berubah fizikalnya. Pengenalan dari kiri Puan Rosyatimah Mohd Zain, tuan punya blog, Cik Yuhanis binti Lockman, Puan Rohana binti Ahmad, Puan Saleha binti Daud, Puan Jamilah binti Abd. Manan dan Puan Ros Azian Abd. Kadir.
Gambar-gambar dibawah pula ialah ehsan dari Puan Wan Fauziah binti Wan Mohamed semasa majlis 'reunion' bekas pelajar Sekolah Menengah Ahmad Pekan. Gambar sendiri tak ada kerana tidak dijemput ke majlis disebabkan bukan pelajar Sekolah Menengah Ahmad, Pekan. Tetapi mereka semua adalah kekawan semasa di Sekolah Rendah Ahmad, Pekan.



Memperkenalkan jelitawan dari kiri ke kanan ialah Puan Radziah, Puan Aminah, Puan Norlida dan Puan Norihan.


Dari kiri ke kanan ialah Encik Amir Abd. Hamid, Puan (maaf nama tak ingat), Puan Fatimah dan Puan Radziah binti Sallehuddin



Puan Aminah dan Puan Norlida

Nama-nama pakcik2 ini tidak ingat kalau tidak salah no. 2 dari kiri ialah Encik Mubin, Encik Kamaruzaman dan Encik Amir.





Jelitawan dari kiri ke kanan Puan Wan Fauziah, Puan (maaf nama tak ingat), Puan Fatimah, Puan Radziah, Puan Aminah, Puan Norlida dan Puan Norihan.


Puan Wan Fauziah dan Puan Fatimah





Duduk dari kiri ke kanan; Pn. Fatimah, Pn Norlida, Pn Aminah, Pn Norihan, Pn., YM Tg. Azizan, Pn Radziah, YM Tg. Azizam dan Pn Wan Fauziah.