Ini pula gambar kawan-kawanku semasa di tingkatan 3, Sekolah Menengah Perempuan Alor Akar atau nama barunya Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan. Gambar ini sebenarnya aku scan dari majalah sekolah bagi tahun 1976. Kemanakah mereka semua sekarang ni agaknya yek. Nama-nama mereka pun ada yang aku tidak ingat lagi. Tapi ada yang diantaranya telah berjawatan tinggi dan masih mengenali aku lagi. Namun ramai yang tidak ku ingat nama mereka. kalau dapat bertemu lagi alangkah seronoknya. Pasti suasananya tidak saperti dulu lagi kerana masing masing dah punya kehidupan sendiri.
Apa yang aku dimaklumkan pada 24hb. April, 2010 nanti akan diadakan grand reunion untuk semua bekas pelajar SMTAA, MGS, SABS dan SKR ASSUNTA. Tentu meriah malam itu nanti, ianya dianjurkan oleh NST Daerah Kuantan. Sekarang ini tiket-tiketnya yang berharga RM80.00 sedang dijual kepada mereka yang ingin turut sertai. Malangnya aku tidak dapat bersama dimajlis itu nanti kerana ada kenduri di Port Dickson. Apa boleh buat , nanti dengar citer dari kawan-kawan je lah.

Barisan Depan : Puan Zaleha Mohd Ali (Jbt Pendidikan Daerah Kuantan), Mdm Heather, Puan Norhuda Abd Jalil (Yayasan Pahang), Yong Pik Lin, Phua Kia Lin, Puan J.Bodipalar (Guru Darjah), Puan Zaini Abd. Rani (Perbadanan Bukit Fraser), Mrs X1, Mrs X2, Akulah, Puan Shahirul Aini Abd. Kadir (Maybank Kuala Lumpur)
Barisan Kedua : Puan Norsiah Abd. Karim, Puan Unaizah (Guru), Puan X1, Puan Zaleha binti Kutty, Mrs X3, Puan Rosnani, Miss X4, Miss X5, Miss X6, Miss X7, Miss X8, Miss X9, Puan X2.
Barisan Ketiga : Miss X10, Miss X11, Puan X3, Puan X4, Miss X12, Miss X13, Miss X14, Miss X15, Puan Noorlida Mohd Said (Usahawan), Puan Dr. Noorazizan Ghazali (Pegawai Perubatan Pergigian Daerah Kuantan), Puan Norhuda Mohd Salim (Pasdec Corporation Sdn. Bhd), Miss X16, Puan Wan Noraini.
p/s Maaf terpaksa guna identiti Miss X sebabnya nama tidak ingat.
p/s Maaf terpaksa guna identiti Miss X sebabnya nama tidak ingat.
No comments:
Post a Comment